Selasa, 9 Februari 2010

Emm...sesuatu yg menarik...Doa orang berdosa ditolak ALLAH S.W.T

Assalamualaikum semua....
emm dh lama menyepi...
untuk entry kali nk kongsi somthng yg perlu d ketahui...
so, moh lor baco...

sebagai manusia ada saja perkara yg di perlukan itu tidak mungkin boleh di dapati dengan mudah. Mereka yang beriman tidak jemu berharap dan berdoa walaupun permintaannya belum berhasil. Doa bagi golongan ini adalah senjata dalam menghadapi sebarang suasana, membuatkan mereka tidak putus harapan.
Sementara golongan yang lemah keimanan akan mudah putus harapan untuk berdoa. Dalam fikirannya hanya terfikir, mengapa doanye masih belum termakbul.
Jadi, kita seharusnya menilai diri sendiri, apakah kita mematuhi segala perintah ALLAH S.W.T atau sebaliknya?
Untuk pengetahuan, ada lima perkara yg membuatkan doa kita di tolak oleh ALLAH S.W.T iaitu dosa kerana mengingkari pemimpin. Peminpin terbahagi kepada 2 iaitu pemimpin atasan dan bawahan. Perintah mereka wajib d taati selagi tidak bercanggah dengan syariat.
Selain itu, dosa tidak taat guru, guru adalah org yg bertanggungjawab mendidik dan mengasuh kita. Segala ajarannya perlu di ikuti. Jangan sampai guru berasa muak dengan kita, supaya kita tidak susah untuk menerima ilmu, gelap hati, malas beribadat, keras hati dll.
Disamping itu, dosa kerana menderhaka dengan ibubapa, ibubapa banyak berkorban untuk menjadikan kita insan yg berjaya. Jadi, berhati2 la dalam setiap perkara2 kita lakukan seharian.
Derhaka kepada suami juga adalah salah satu dosanya, isteri yang menderhakai suaminya tidak layak mencium bau syurga. ALLAH S.W.T murka isteri yg menderhakai suaminya.
Terakhirnya ialah dosa kerana menganiaya atau menzalimi orang. Golongan yang suka menganiaya atau menzalimi orang termasuk juga orng yang gemar menabur fitnah, tidak kira dalam apa bentuk sekalipun, melalui lidah, perbuatan atau tingkat laku.
Jadi, seharunya kita mengambil tahu serba skit tentang apa yang membuatkan doa kita tidak di makbulkan...kita perlu munasabah dri kembali...belum terlambat untuk kita mencari sinar keberkatan...