Ahad, 14 Oktober 2012

Perkahwinan Awal...?

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.  

1. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)    

2. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

3. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.   

4. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)  

(Kredit kepada Melayukini)

Jodoh & Pertemuan...

JODOH dan PERTEMUAN semuanya dari ALLAH..

Adakalanya, kita diberi PETUNJUK melalui mimpi..

Mimpi adalah mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan solat Istikharah dan memohon dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH supaya Allah memberikan petunjuk,

InsyaAllah dengan izinNya kita mendapat mimpi petunjuk..

 Kadangkala petunjuk dalam bentuk RASA HATI..

Jika dia pilihanmu, buatlah KEPUTUSAN sebaiknya..

Jika tidak, TOLAKLAH dia dengan BAIK..

Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai,

 Maka cintailah sesuatu yang kamu miliki..

 Jangan pinggirkan ALLAH kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta..

Sabtu, 13 Oktober 2012

itulah...

Jangan jadi lilin, membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain.
Orang terang, dia terhapus.


Jadilah matahari, menerangi orang lain dalam keadaan dirinya sendiri bersinar cemerlang.


Jangan jadi jarum, menjahit pakaian untuk orang lain,
dia sendiri telanjang.

Jadilah kasturi, mengharumkan orang, dia sendiri pun sedia harum

Rabu, 9 November 2011

Life...

learn to enjoy every minute of your life. be happy now. don`t wait for something outside of yourself to make you happy in the future. think how really precious is the time you have to to spend....

Rabu, 3 Ogos 2011

Berfikir sejenak...

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber kebahagian.
Ambillah waktu untuk belajar, itu sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikanNYA.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat kehidupan terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.

..........Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju ke syurga..........

Isnin, 14 Februari 2011

Hayatilah...


Setiap umat yang Allah S.W.T cipta sentiasa akan diberi dugaan hidup didunia yang sementara ini. Mustahil jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa dugaan. Setiap orang ada dugaannya tersendiri, Allah S.W.T menguji dengan pelbagaii ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah S.W.T menguji seseorang itu kerana mempunyai sebab tersendiri, sama ada Allah S.W.T meguji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu dugaan itulah yang membuka mata hati kita, supaya mendidik kita agar jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang seperti luasnya langit yang penuh dengan rintangan, dari segala dugaan itulah juga dapat mematangkan diri kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan, kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah S.W.T beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar, hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada orang lain atau saudara seagama kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk darpada kita…