Khamis, 25 November 2010

Jangan Ada Benci...

Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.

Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

Kaedah Mengikis Benci

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempattidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita denganmemaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.

Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.

12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita.

~Petikan dr Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah~

Selasa, 23 November 2010

Memilih Isteri Solehah.

Perkara pertama yang harus diperhatikan bila memilih jodoh (yang berkaitan dengan persoalan wanita) demi untuk mencapai kehidupan yang tenteram supaya ikatan perkahwinan menjadi kekal serta tujuan-tujuan yang baik dari perkahwinan itu ialah memilih isteri solehah.

Hendaklah isteri itu seorang yang soleh dan berpegang teguh kepada agama. Inilah tujuan utama perkahwinan yang harus diambil berat. Sebab sekiranya isteri itu lemah agamanya, bagaimana dapat ia memelihara diri dan maruahnya. Kalaulah berlaku sesuatu kecemaran yang menyentuh kehormatan dirinya, tentulah muka suami akan terconteng arang, sedang hatinya akan tergoda oleh perasaan cemburu, manakala kehidupannya ketika itu akan menjadi sempit.

Kemudian jika si suami mengikutkan kata hati yang penuh dengan cemburu itu, tentulah akan porak-peranda seluruh kehidupannya, dan jika dia mengambil sikap mempermudahkan tentang perkara yang berlaku, tentulah dia akan dituduh mengambil sikap enteng saja tentang agama dan maruahnya, dan akan dituduh sebagai suami yang dayus. Walhal si suami akan berada dalam keadaan yang serba-salah sekali.

Demikian pula sifat wanita yang rosak agamanya akan sering mempermain-mainkan harta benda suaminya atau sebagainya, sehingga hidup si suami dengannya akan sentiasa kurang tenteram. Jika suami terus mendiamkan diri dan tidak melarang kelakuannya, nescaya ia menjadi kongsi dalam maksiat dengan isterinya dan bererti menentang firman Allah Ta’ala.

“Peliharalah diri kamu dan keluargamu dari api neraka.” (at-Tahrim: 6)

Jika si suami menegah si isteri dan melarang kemahuannya akan timbul pula pertengkaran sehingga boleh memendekkan umur si suami. Sebab itulah Rasulullah s.a.w sangat-sangat menggalakkan dan meransang supaya memilih wanita yang kukuh agamanya. Baginda bersabda:

“Wanita itu dikahwini kerana hartanya atau kecantikannya, keturunannya atau agamanya, maka hendaklah anda memilih yang mempunyai agama yang kukuh, nescaya anda akan bernasib baik.”

~Petikan dr Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah~

Jumaat, 8 Oktober 2010

Lambat bertemu Jodoh...?


moh kite baco, moga2 dapat di jadikan panduan untuk kita semua...

1. Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna.

pertanyaan kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh?

Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

2. Belum Benar-benar Bersedia
“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.

Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

3. Tiada Daya Penarik
“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.

Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.

“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

4. Doa Tidak Makbul
“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya.

5. Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.

6. Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.

Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.


~kredit to Dr.Fadzilah kamsah-News@Feryc~

Khamis, 7 Oktober 2010

Terlalu mengharap...

setiap apa yang hendak kita lakukan, semestinya kita mengharapkan sesuatu yang positif...tak kisah apa yang kita lakukan tuh mungkin berkaitan dengan kehidupan kita seharian...jikalau kita tahu keupayaan kita...rasanya kita mungkin tidak terbabas...tetapi bagaimana sekiranya kita terlalu mengharap...? terlalu mengharap sesuatu yang sebenarnye belum tentu akan kita capai...semestinya teruk jua akibatnya...tambahan pula sekiranya melibatkan perasaan...perghh...perit rasanya bagaikan menusuk di kalbu...so, beringat2 la yer sebelum membuat sesuatu...kalau tak buruk padahnye...

~p/s...to my friend...hope u to be strong~

Rabu, 6 Oktober 2010

Petua Mendapatkan Pasangan...

moh kito tengok serba sikit petua nie...moga2 dapat dijadikan panduan dalam `mencuri` hati si dia...

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan
dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

~Petikan dr web Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah~

Selasa, 5 Oktober 2010

keliru dengan pendirian kamu...

sukar untuk kita menilai atau memahami perasaan seseorang...kadang-kadang terfikir juga apa sebenarnya yang di cari...? mungkin mencari sesuatu yang betul2 sempurna...atau sengaja mempermainkan perasaan orang lain...mencuba juga untuk memahami tetapi kadang2 membuat aku juga hilang arah...seakan mencari sesuatu yang tidak akan aku temui jawapannya...terlintas juga di fikiran...apa pentingnya aku memahami perasaan kamu...? tapi kamu tahu kerna apa...
emm tak apalah mungkin ada alasan yang kukuh untuk seseorang itu merahsiakan isihatinya...seperti orang selalu katakan `ada hikmah disebalik semua ini`...

Selasa, 28 September 2010

Geng rumah sewa...

emm...nasib baik seorang kawan masih simpan gambar nie, jejaka2 nie la yang m`warni suasana rmh sewa...macm2 hal di buatnya. Al maklum la orang lelaki kalau dok rumah sewa...paham2 sahaja la...Gambar nie drng ambik masa pi teluk senangin...diorang berkampung dekat tepi pantai nie sambil memancing. Bila la agaknya dapat wat 2nd trip...tp dgr dari cite dari meor...nak wat hujung tahun nie...moga2 menjadi la ye...

~nan~ement~zul~jai~mat~alias~malik~cue~bob~bar~meor~

Isnin, 27 September 2010

Inikah kesudahannya...?

setiap apa yang kita mahukan tidak semestinya akan dikecapi...seakan langit yang kelihatan seperti cerah...tapi keadaan itu mungkin akan berubah dengan tiba2.
tiada yang mustahil...walau apapun kesudahannya, mahu atau tak...terpaksa terima...walaupun sangat mendalam kesudahannya...seperti yang kita selalu dengar...mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku, emm mungkin ya...kehidupan ini ibarat roda...ada kala diatas dan juga dibawah...tp walau apa2 pun yang terjadi, kita redha sahaja...mungkin itu yang terbaik mengharungi kehidupan ini...

Isnin, 9 Ogos 2010

Bila lagi...

hari demi hari...
begitu pantas berlalu, entah apa kan terjadi di masa depan...
sesuatu yang tidak mampu diketahui...mampukah menghadapinya dalam keadaan begini...sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku...pasti sukar...kadang kala, rasa seakan hidup ini kosong...seakan awan yang ditiup angin...berlalu pergi tanpa ada apa-apa makna. Masih mampukah untuk tersenyum sekiranya didalam keadaan begini, semestinya tidak...mana mungkin hidup ini dibiarkan kosong tanpa ada sesuatu yang amat bermakna untuk diri sendiri. Perlu ada warna-warna yang perlu diserikan moga kehidupan penuh dengan keindahan.
Bangkitlah selagi ada waktu...gunakan kata hati...
kerna itulah penentu masa depan...

Rabu, 4 Ogos 2010

Aku terlalu baik untuk kamu...?

banyak yg boleh disimpulkan dr ayat nie kan...terlalu mendalam mksud yg hendak di smpaikan...setengah2 org mungkin ayat nie, tak memberi apa2 mkna...tp bg ak...ayat nie kdng2 membuat ak terpinga2 pd mulanye...apa yg membuatkan ak terlalu utk kamu?


sememangnya terpinga2 sekiranya tak tahu pkk pangkalnye...klau dah thu sbbnye...baru la mengerti mksd yg hndak di smpaikan...emm...klau di fikirkan, bgus la seseorang tuh mempunyai keperibadian yg baik...sungguh beruntung memiliki org seprti nie...


ada pendapat dr ruangan smbng2 di laman maya...ayat nie utk memutuskan hubungan...betul ker? tp nie semua pndangan msing2...ada yg kata begini la...begitu la...
yg penting kena bnyak2 bersabar la...sekiranya ayat nie di lafazkan kt korang yer...tak dpt nk bayangkan...

Isnin, 2 Ogos 2010

kawan kerana teman...

kasih kerana sayang...

cinta kerana perasan...

yang penting kita fahami...

tanpa kawan...

kita keseorangan...

cam mana kalau kita hidup tanpa kawan...semestinya ada yg tak kena kan... mcm kata pepatah...berkawan biar beribu berkasih biar satu... tp kadang2 ada jugak kedengaran...kawan makan kawan la, tikam belakang la...knapa terjadi mcm tuh?...emm...biasala kan ragam mnusia...manusia nie berbagai2 ragam...kalau yang ikhlas berkawan...syukur sgt dpt kawan cm nie...tp kalau jenis yang baik di depan sahaja...kat belakang plak...mcm2 topik di bahasnya...
emm...semestinya tak layak di gelar kawan...


Rabu, 28 Julai 2010

Sendiri....

Dinginnya di malam ini
Suasana pilu
Terkenang daku kembali
Sejarah silam

Setelah engkau pergi
Sepi hatiku
Terpadamalah api cinta
Musnah harapan

Mengapa engkau sanggup
Mengubah fikiran
Hanya kerana
Peristiwa itu

Kau hancurkan kota cinta
Yang kita bina bersama
Di masa Yang lalu

Kini aku terus tersiksa
Oleh kepalsuan cintamu
Tinggallah aku sendiri
Menanggung derita ini

Setelah engkau pergi
Tertutup hatiku
Tak mungkin bercinta lagi
Biarku sendiri


kadang-kadang terlintas d fikiran...bersendirian atau sebaliknya...yg mna lebih baik... tipu la klau katakan bersendirian nie perkara yg kita harapkan...
setiap org mengharapkan seseorang di dalam kehidupannya...tp apa penyebab sekiranya seseorang itu lebih selesa hidup sendirian...mungkin pengajaran msa lalu yg membuatkan dia takut menerima seseorang di dalam hidupnya...apa2 pun masing2 ada pendirian sndiri... diri kitalah yg akan menentukan laluan yg kita
akan lalui...

Selasa, 9 Februari 2010

Emm...sesuatu yg menarik...Doa orang berdosa ditolak ALLAH S.W.T

Assalamualaikum semua....
emm dh lama menyepi...
untuk entry kali nk kongsi somthng yg perlu d ketahui...
so, moh lor baco...

sebagai manusia ada saja perkara yg di perlukan itu tidak mungkin boleh di dapati dengan mudah. Mereka yang beriman tidak jemu berharap dan berdoa walaupun permintaannya belum berhasil. Doa bagi golongan ini adalah senjata dalam menghadapi sebarang suasana, membuatkan mereka tidak putus harapan.
Sementara golongan yang lemah keimanan akan mudah putus harapan untuk berdoa. Dalam fikirannya hanya terfikir, mengapa doanye masih belum termakbul.
Jadi, kita seharusnya menilai diri sendiri, apakah kita mematuhi segala perintah ALLAH S.W.T atau sebaliknya?
Untuk pengetahuan, ada lima perkara yg membuatkan doa kita di tolak oleh ALLAH S.W.T iaitu dosa kerana mengingkari pemimpin. Peminpin terbahagi kepada 2 iaitu pemimpin atasan dan bawahan. Perintah mereka wajib d taati selagi tidak bercanggah dengan syariat.
Selain itu, dosa tidak taat guru, guru adalah org yg bertanggungjawab mendidik dan mengasuh kita. Segala ajarannya perlu di ikuti. Jangan sampai guru berasa muak dengan kita, supaya kita tidak susah untuk menerima ilmu, gelap hati, malas beribadat, keras hati dll.
Disamping itu, dosa kerana menderhaka dengan ibubapa, ibubapa banyak berkorban untuk menjadikan kita insan yg berjaya. Jadi, berhati2 la dalam setiap perkara2 kita lakukan seharian.
Derhaka kepada suami juga adalah salah satu dosanya, isteri yang menderhakai suaminya tidak layak mencium bau syurga. ALLAH S.W.T murka isteri yg menderhakai suaminya.
Terakhirnya ialah dosa kerana menganiaya atau menzalimi orang. Golongan yang suka menganiaya atau menzalimi orang termasuk juga orng yang gemar menabur fitnah, tidak kira dalam apa bentuk sekalipun, melalui lidah, perbuatan atau tingkat laku.
Jadi, seharunya kita mengambil tahu serba skit tentang apa yang membuatkan doa kita tidak di makbulkan...kita perlu munasabah dri kembali...belum terlambat untuk kita mencari sinar keberkatan...